Friday, March 11, 2011

Kehancuran kecil

Jepun dilanda musibah besar. Bumi membangkitkan kemarahannya, lalu lautan yang bersahabat menggelegak dan menghentam daratan dengan menghantar gelombang demi gelombang memusnahkan segala-galanya. Ternyata manusia yang dikatakan terhebat tidak mampu melakukan apa-apa. Pasrah dan menerima takdir itu dengan jiwa yang kalah.

Juga ternyata kekuasaan tuhan terlalu besar untuk dicabar apalagi mahu dinafikan oleh manusia-manusia kufur. Petanda apa lagi yang mereka perlukan untuk menyakinkan bahawa alam ini dijadikan, ditadbirkan dan bakal dimusnahkan oleh zat yang sangat besar, sangat agung dan sangat berkuasa. Allah yang memiliki alam ini.

Kehancuran itu terlalu kecil berbanding kehancuran total yang akan berlaku sebentar lagi. Pasti berlaku sebentar lagi. Itu janji Allah.

Oh tuhan, aku tidak sanggup menghadapi saat kubra itu. Selamatkanlah aku bersama orang yang engkau ingin selamatkan.



ShoutMix chat widget
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |