Wednesday, December 25, 2013

review police story 2013

Assalamualaikum ..

25 disember 2013
maksudnya dah 3 hari saya di malaysia ^^

nasi kandar, kfc, pavlova, crepe, roti canai, redvelvet

rosak diet ! T_T

tau tak? sepatutnya saya dah di dalam kereta nak balik terengganu dah, tapi kat luar sekarang, penuh sanak sedara datang bertandang rumah cik. maka cik paksa abang dia a.k.a baba saya untuk balik esok. tak kisah pon sebenarnya. boleh pergi SBU ( sincerelybyushawls ) .

semalam dah pergi dah area calaqisha tu, tapi tak naik sebab ada masalah kereta. choii la kakak wa, orang suruh bawak kereta dia senang sikit, ni konfiden nak bawak kereta baba, tak pasal-pasal ada masalah. pastu gelebah dua dua dalam kereta sebab tak reti settle.

haha.

owh. hari tu pergi tgk special screening POLICE STORY 2013. dapat media pass. cerita start pukul 9 malam tapi kiteorang sampai mid valley pukul 9.30. terima kasih jammed !

masuk-masuk je blurr doplominit sebab tak paham jalan cerita. lama-lama baru paham .

cerita nya macam ni...
ada sorang penjahat ni nak balas dendam atas kematian adik dia. So, dia tangkap semua orang yang ada kaitan dengan kematian adik dia. pastu dorang yang kena tangkap ni dikumpulkan kat pub penjahat tu. jackie chan ni salah satu yang ada kaitan la. tapi sebenarnya dia salah paham sebab kenapa adik dia boleh mati. kira ada banyak flashback jugak la kat sini. and dalam cerita ni, jackie chan dah kira makin tua dah sebab anak dia dah besar. tapi, tua-tua dia pon still wow lagi lawan-lawan. seriusly, wowww !!

so... sesiapa yang minat jackie chan ni sila lah pergi tengok. tak rugi pon. saya bagi 4 bintang. 1 bintang hilang sebab masuk lewat. haha

dah nama special screening haruslah ada artis datang kan, tapi bukan artis yang ku cari..haha. saya cari blogger ! tapi tak jumpa pon, maybe dorang dalam bilik lain kot..

sepatutnya, cz12 should be last film jackie chan, tapi ntah kenapa dia terima lagi untuk belakon dalam cerita ni. maybe sebab dia yang bawak cerita police story yang dulu2 so better yang latest ni biarlah dia yang bawak jugak.

thumbs up for u uncle jackie !!

ni la pass dia. thanks along ^^ 
the ootd dari pagi sampai malam.


abc yang super feymes katanya. 

Monday, December 16, 2013

rompakan bank ?

Assalamualaikum ^^

tadi pergi bank tetiba teringat balik minggu lepas punya cerita. dah kenapa tiap-tiap minggu pergi bank ? haaa.. meh nak bagitau kenapa.

bank yang minggu lepas saya pergi tu, bank lain. bank tu bank yang ada kaitan dengan post office. di samping dia bank, dia juga adalah post office. mari bayangkan pos malaysia pon menyediakan khidmat bank.. haa.. betul la tu apa yang korang bayangkan. 


so, last week pergi sebab mahu keluarkan duit. dan duit yang nak dikeluarkan ni memerlukan ko pergi kat kaunter berurusan dengan akak tu. tak boleh pakai atm.

 owhh, btw, atm jepun korang boleh sumbat buku bank jugak tau ? ke dah tau ? malaysia memang macam ni dah ke ? lupa pulak sebab da lama tak pergi atm kat malaysia.. hee

dan bank kat jepun ni bukak sampai pukul 3. dok pahang betul aku kenapa nak tutup awal-awal. selalu je kena berlari-lari anak-tak berapa-nak-anak sangat untuk kejar tren pergi bandar kure. 


lepas da siap-siap keluarkan duit, kebetulan time tu memang lagi 5 minit gitu bank nak tutup. sebab tak berani nak pegang duit banyak macam tu, mahu la masukkan duit ni dalam akaun yang boleh keluarkan nanti pakai atm. gila kau nak pegang duit banyak-banyak. 

padahal bukan banyak mana pon. saja takut terguna tershopping terbeli terbelanja tanpa niat. haha.

masa da selesai masukkan duit kat mesin atm, and muka tengah serabut tension salahkan diri sendiri pehal pakai beg sandang hari ni, kan dah susah nak keluar masukkan beg dompet buku bank bagai, tetiba bunyi kecoh macam apa je. 

saya ingatkan, ye la waktu kerja da abiskan, kot la ada kawan dorang datang lepak gurau-gurau sembang kopi o . sebab perasan je ada abang 2 orang masuk bawak bag galas.

"weh, abes keja dah ! lepak jom !! cess la tak nak. meh la aku belanja. kedai pak mat sebelah surau tu je kot ! "

ingat kan gitu je.

pastu, nampak abang tu pegang pistol. acu-acu kat depan kaunter.

owh, abang tu gurau-gurau lawak bodoh kot dengan besprengg dia.

sebabnya bunyi macam orang menyembang. bukan gaduh. (padahal bahasa jepun x paham ) haha.

pastu lepas dah struggle simpan purse, buku bank bagai, terpandang la akak-akak , abang-abang, pakcik-pakcik yang duk belakang kaunter tu semua tangan belakang kepala muka serius.

OMG. Ya ALLAH.
what happen ?


penah rasa tak darah tak mengalir sesaat dua ?
especially kat area muka ?
tu la rasa time tu. terus jantung degup laju2. .why me ? why this day ? esok tak boleh ke ? 

pastu bila dah stabil, terus langkah laju-laju dengan harapan abang a.k.a perompaks tu tak nampak wa yang kecik tak berapa nak kecik lagi pendek ini melangkah keluar dari bilik atm tuh.

sesampai je kat luar, tengok ada pakcik pakai coat selamba duk berdiri macam tak benda berlaku pon kat dalam.

tali barut ke ?

pastu terpanndang board yang pakcik tu pegang.

latihan rompakan
....
....
....
ciskek !

dari bank tu sampai la ke tren station, jantung tak stabil-stabil lagi

jantung.. maafkan saya kerana bagi kejutan pada anda.


kure station

Sunday, December 15, 2013

fefeeling balik rumah hujung minggu

Assalamualaikum ^^

waah ! semalam post entry, hari ni pon post jugak ?! well, mari doakan agar kesemangatan ini berkekalan buat jangka masa yang lama.

lagi seminggu nak winter break ! yeahh !! dan dalam minggu ni which is dari isnin sampai la jumaat ni, akan bakal busy sebab banyak nak setel benda .

bayar duit university entrance
post borang n receipt bayar duit tadi tu kat university
post hadiah zira ( hahaha, lambat sikit post kira halal eh makcik ?)
kemas dapur sebab sensei suruh clear kan barang since ku kan pulang ke malaysia.
packing baju xnak pakai buat selama-lamanya buat balik malaysia. ( bagi kat bundle macam boleh dapat pulangan duit..haaha )

tu je kot.. insyaAllah.

tapi bukan pasal ni nak cerita.
cerita nya sebenarnya yang ni. tadi tengahari okasan (mak angkat saya kat sini) panggil suruh datang. dah namanya rezeki, haruslah tak ditolak. gila nak tolak !? okasan masak best tu..

ada tempura ( benda-benda yang celup tepung tu... ) ada kara age ( ayam goreng kepsi), okasan guna ayam halal hokayy. dun worry, im still ingat mana halal mana haram ^^ dan tadi sebab hari tu gigih tanya okasan macam mana nak buat miso sup. iaitu sejenis sup jepun yg super hebat sedap nye kalau hirup masa tengah panas berasap. tapi dah nama pon orang malaysia bertemu orang jepun, mampu faham separuh je bila okasan ajar. maybe okasan perasan muka ku yang blurr time dia cakap tu, maka dia ajarla buat. senang je kot, lagi senang dari nak bukak kulit kuaci. haha.. hiperbola.

lepas makan, solat kejap, pastu sambung makan lagi. haha. duduk seminggu dengan okasan mahu naik berkilo-kilo nih.
lepas makan duduk tengok tv, makan limau, kaki bawah kotatsu ( meja yang ada selimut dan dalam tu ada heater )... fuhhh ! seriyes fefeeling macam kat rumah sendiri. ada mak masak kat dapur. setiap sepuluh minit sekali ada je makanan hidang depan kau.

lepas tu, belajar buat muffin. mula tengok macam susah je. padahal baking membaking ni alergik sikit. dulu penah buat kek, bantat weyh ! tak nak naik kek tu. sumpah fobia T_T . tapi bila okasan cakap cucu dia yang umur 5tahun tu selalu buat, terus rasa tercabar . haha ! anak melayu kan pantang dicabar~~

lama la jugak kat rumah okasan sampai sempat habis satu drama tv, satu banggumi ( reality show? ), masak 2 resepi.l, main piona jap even dok gheti. haha..lama kan ?

nak balik tu, okasan bekalkan lagi makanan. hee.. Alhamdulillah rezeki. dah tak payah masak dah untuk esok.

seriusly, im gonna miss her.
her cooking..
and ofcourse her kindness :')

may Allah guide u oneday okasan .

bismillah.
ni la resepi muffin-budak-5-tahun-pon-boleh-buat tu

Saturday, December 14, 2013

hai blog !

Assalamulaikum..

nak bukak blog sendiri pon segan... lama sangat tinggal.. sebenarnya dah lupa yang diri sendiri ada blog..haahaa.. dok bizi scroll twitter, stegram, fesbuk.. teros tinggal tanpa belas kasihan dah kat belog ni ..
forgive me k

saya sekarang tengah berada di tahun akhir kolej.. sem akhir la senang nak cakap.. dan lagi beberapa hari nak balik Malaysia hoi... uuyeah ! tak sabar~ dalam ke'excited'an nak balik malaya tu, still jugak rasa rugiiiinya tak dapat join JUMS or jalinan ukhuwwah musim sejuk.. kat Jepun ni, I bet mana-mana negara pon.. persatuan-persatuan pelajar obersi memang paling semangat untuk buat program bila winter break. video-video teaser memang semua gempak habis tahap kau-kalau-tak-join-memang-kau-tergolong-diantara-orang2-yang-rugi. haishhh.. saya la tu~~ mari salahkan ke'homesick'an diri sendiri.. 


bercakap pasal winter break... selalunya time ni la klau nak snowboard sampai sakit-sakit badan pon.. owh.. fes time wa snobod dulu tangan terseliuh wohh.. tak menahan nya.. sambung main pulak tu even tangan ko berbalut gaya kena simen.. lepas tu, malamnya~~ the rest was history T_T

Kalau tahun-tahun sebelum ni, rasa stress bila tengok gambar kawan-kawan dengan snow. Tempat saya ni, snow nye kurang.. turun gaya malu-malu kucing gitu.. pagi ada tengahari hilang.. nak buat snowman pon rasa serba salah.. nanti snowman tu jadi snow-sandman.. hahah..

tapi kini tidak lagi...tak jeles dah.. sebab nanti insyaAllah next year akan pindah duduk tempat yang banyakkkk snow turun..  uyeahh ! hari-hari wa post gambar wa dengan snow nanti.. hahak
tada.. i will be here next year ! 

and here too... !

tak sabar dan tak sabar 
tapi sayang nak tinggal hiroshima
tempat banyak ajar saya berdikari macam wonder woman.. tetiba.. haha


insyaAllah akan grad bulan 3 next year dan sambung belajar lagi 2 tahun kat University of Toyama.. lepas tu balik Malaysia goyang kaki makan mangga cicah kicap depan tv tunggu orang datang minang.. haha.. k, main-main je.. ye JPA.. saya akan balik berkhidmat untuk bangsa dan negara !

doakan saya ^^ 










ShoutMix chat widget
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |