Saturday, December 10, 2011

banyak rupanya makanan best2 kat Malaysia

Assalamualaikum ..

tajuk entry tu macam gaya ayat penuh kesedaran kan ??

memang baru tersedar yang kat Malaysia banyak rupanya makanan2 yang best bila dah duk jauh ni ... setiap negeri mesti ada je makanan yang dorang famous .. macam kat Hiroshima ,, sini femes dengan okonomiyaki .. tapi pegi ceruk mana2 kat jepon ni ada je kedai yang jual benda ni .. lebih kurang kat Malaysia la .. gi tangkak pon ada je makcik yang jual laksa penang ..







nasi lemak ... lagi best kalau ada ayam goreng berempah .. kalau makan ni mak mentua lalu pon tak perasan nye la ..





tengok kaler pon dah terliur kan ?? kalau umi buat lauk ni memang sampai licin la periuk tak tinggal pape pon ..





tu dia !! tak de siapa pon yang boleh mempertikaikan kesedapan makanan ni .. ni kalau makan kalau tak sampai lapanblas mangkuk memang tak sah ..




saya tak makan ikan ni mula mula sebab kepala dia agak tak berapa menarik di hati .. ok .. abaikan statement tu .. bila dah masuk INTEC, terikut ikut dengan kawan kawan .. so jadilah one of my feveret lauk .. tapi mana nak cari spesies ikan ni kat sini ??




ni lagi satu ,, bestnya !! tambah tambah yang mak sedara saya buat time raya .. ok . fullstop .. ( air liur dah meleleh leleh )



saya orang pantai timur so saya amatla sangat terlalu suka makan benda ni .. tapi malas nak goreng !






saya orang Kelantan sejati so saya kena suka makan benda ni .. hampir hampir je sebotol budu nak ikot saya terbang datang sini .. tapi tak berani ambik risiko takut pecah dalam luggage .. mungkin boleh usahakan balut tebal tebal after ni ..


kena berhenti tulis sekarang sebab takut badan dehydrated sebab air liur menitis macam air paip ..

p/s >> I miss Malaysia ..

Sunday, December 4, 2011

ada apa dengan wedding dress Bella Swan ??

minggu lepas bila bukak je facebook or twitter ,, semua nya dok cakap pasal breaking dawn .. dah la tengah berjuang dengan mid term .. sungguh mencabar naluri .. honestly I do follow twilight .. tapi tak sehebat ke'addicted'an saya dengan Harry potter .. you name it part mana dalam cerita Harry potter tu ,, semua saya boleh describe macam baca doa makan ... hahaha .. agak hiperbola kat situ ...

salah satu yang paling banyak orang dok post last week ialah pasal wedding dress Bella Swan .. cantik sangat ke wedding dress dia sampai orang dok admire sebegitu rupa .. so saya dengan penuh perasaan ingin tahu terus la menggoogle .. padahal laptop duk dalam drawer sebab kena kuarantin dengan study week .. sanggup buat keluar pastu pasang .. gaya macam kena pasang desktop je.. hihihi




first impression bila tengok wedding dress ni " ehh ,, sopan nya " ..
even belakang terbuka sikit .. tapi agak sopan la bila dibandingkan dengan wedding dress orang barat ni kan .. not bad .. cantik la jugak .. tetiba terbayang diri sendiri pakai dress ni .. opkos la dengan tudung dan dalam tu pakai la inner memandangkan belakang tu terbukak .. inner tu kita pakai kaler grey .. wahh .. terlebih dah ni ..

p/s .. can I be Athirah Lautner ?? ok .. main main je ~~

Saturday, December 3, 2011

Zikir untuk Dhia ,, ????? untuk Athirah

Assalamualaikum ..
shiken mou owatta yo .. !! so saya menghabiskan weekend yang sejok dan nyaman ni dengan meng'online' doplopatjam tanpa henti .. tambah2 bila internet di tanah jepun ni sungguh la laju tak hingat .
sebelum tu ,abis je last paper iaitu paper denki a.k.a electric so saya teros menapak ke library untuk meminjam buku latihan toiec memandangkan hari selasa ni ada exam toiec .. ( sila abaikan ayat saya tiba tiba jadi skema neh ) .. dan rutin saya setiap kali abes exam , saya akan pergi jalan2 kat bandar Kure cuci mata , window shopping and pergi baskin robbins kacau akak eskem wat kerja .. hihihi..

then, balik jek daripada jalan jalan buang masa tu , kena balik awal sebab skang kul 4.30 pon dah soro soro nak gelap dah .. bukan takut gelap okeh , saya kan anak gadis sunti ..ececeh .. tak baek kuar malam sorang2 .. balik je teros kemas bilik yang memang tunggang langgang sebab exam week .. dengan buku2 yang menggunung sampai tak nampak frame gambar umi ngan baba sebab terlindung ... dengan katil yang penuh dengan baju yang tak berlipat sampai saya kena tidur kat lantai .. ( err .. kantoi malas lipat baju ) .. naib baik la mesin basuh tu ada dryer skali , kalau tak mesti tak de baju nak pakai sebab tak de masa nak basuh .. saya memang macam macam ni kalau exam .. memang hidup tak terurus sebab study punya pasal .. thats why la saya tak leh kawen time blaja .. nanti suami saya ikot sama jadi tak terurus .. hahaha ..

berbalik kepada tajuk entry ..
tajuk tu saja nak gempak je .. tak de kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia .. sekarang ni kan tengah main kat tv cerita Tentang Dhia .. so saya dengan tak sengaja nya terfollow cerita ni ~~ (sebenarnya memang sengaja follow pon sebab ada nora danish )..

ni sinopsis yang saya copy daripada blog orang lain ..

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat diminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

........

bila tengok cerita ni , dengan saya2 skali ter'fall in love' dengan zikir .. dah la drive bmw kaler putih .. watak zikir ni Adi putra yang bawak ... pada awalnya , Zikir ni hanya Islam pada nama je , but then after dia kawan dengan Fendi yang meninggal dunia tu , dia teros jadi alim .. masa dia berkenan kat Dhia tu , dia suruh wife Fendi tu yang jadi orang tengah .. dia tunggu kat kereta je masa dorang gi jumpa Dhia yang tengah meniaga nasi lemak tepi jalan .. cara dia approached Dhia tu bagi saya sangat la gentlemen .. sebenarnya zikir ni dah berkenan kat Dhia masam kenduri tahlil arwah Fendi .. Dhia pass kan dulang makanan kat Zikir then masa tu la Zikir dah jatuh suka kat Dhia .. tiba2 rasa macam nak jugak berkenalan dengan bakal suami nanti macam tu jugak .. tapi saya tak jual nasi lemak tepi jalan ?? and kampung saya tak de kampung sangat macam kampung Dhia tu .. macam mana ni ?? huhuhu ..

mula mula fikir jugak boleh ke nora danish ni berlakon jadi budak kampung .. dia kan muka pan asia .. tapi okey la jugak .. lama2 tengok macam jadi la jugak kekampungan dia tu ..


saya rasa drama drama melayu sekarang semua nya best best .. so bolehla stesen2 tv kat malaysia kurangkan drama2 import .. ke memang dah kurang sekarang ? tak tahu sebab tengok online je ~~



ShoutMix chat widget
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |