Monday, December 16, 2013

rompakan bank ?

Assalamualaikum ^^

tadi pergi bank tetiba teringat balik minggu lepas punya cerita. dah kenapa tiap-tiap minggu pergi bank ? haaa.. meh nak bagitau kenapa.

bank yang minggu lepas saya pergi tu, bank lain. bank tu bank yang ada kaitan dengan post office. di samping dia bank, dia juga adalah post office. mari bayangkan pos malaysia pon menyediakan khidmat bank.. haa.. betul la tu apa yang korang bayangkan. 


so, last week pergi sebab mahu keluarkan duit. dan duit yang nak dikeluarkan ni memerlukan ko pergi kat kaunter berurusan dengan akak tu. tak boleh pakai atm.

 owhh, btw, atm jepun korang boleh sumbat buku bank jugak tau ? ke dah tau ? malaysia memang macam ni dah ke ? lupa pulak sebab da lama tak pergi atm kat malaysia.. hee

dan bank kat jepun ni bukak sampai pukul 3. dok pahang betul aku kenapa nak tutup awal-awal. selalu je kena berlari-lari anak-tak berapa-nak-anak sangat untuk kejar tren pergi bandar kure. 


lepas da siap-siap keluarkan duit, kebetulan time tu memang lagi 5 minit gitu bank nak tutup. sebab tak berani nak pegang duit banyak macam tu, mahu la masukkan duit ni dalam akaun yang boleh keluarkan nanti pakai atm. gila kau nak pegang duit banyak-banyak. 

padahal bukan banyak mana pon. saja takut terguna tershopping terbeli terbelanja tanpa niat. haha.

masa da selesai masukkan duit kat mesin atm, and muka tengah serabut tension salahkan diri sendiri pehal pakai beg sandang hari ni, kan dah susah nak keluar masukkan beg dompet buku bank bagai, tetiba bunyi kecoh macam apa je. 

saya ingatkan, ye la waktu kerja da abiskan, kot la ada kawan dorang datang lepak gurau-gurau sembang kopi o . sebab perasan je ada abang 2 orang masuk bawak bag galas.

"weh, abes keja dah ! lepak jom !! cess la tak nak. meh la aku belanja. kedai pak mat sebelah surau tu je kot ! "

ingat kan gitu je.

pastu, nampak abang tu pegang pistol. acu-acu kat depan kaunter.

owh, abang tu gurau-gurau lawak bodoh kot dengan besprengg dia.

sebabnya bunyi macam orang menyembang. bukan gaduh. (padahal bahasa jepun x paham ) haha.

pastu lepas dah struggle simpan purse, buku bank bagai, terpandang la akak-akak , abang-abang, pakcik-pakcik yang duk belakang kaunter tu semua tangan belakang kepala muka serius.

OMG. Ya ALLAH.
what happen ?


penah rasa tak darah tak mengalir sesaat dua ?
especially kat area muka ?
tu la rasa time tu. terus jantung degup laju2. .why me ? why this day ? esok tak boleh ke ? 

pastu bila dah stabil, terus langkah laju-laju dengan harapan abang a.k.a perompaks tu tak nampak wa yang kecik tak berapa nak kecik lagi pendek ini melangkah keluar dari bilik atm tuh.

sesampai je kat luar, tengok ada pakcik pakai coat selamba duk berdiri macam tak benda berlaku pon kat dalam.

tali barut ke ?

pastu terpanndang board yang pakcik tu pegang.

latihan rompakan
....
....
....
ciskek !

dari bank tu sampai la ke tren station, jantung tak stabil-stabil lagi

jantung.. maafkan saya kerana bagi kejutan pada anda.


kure station

No comments:

Post a Comment




ShoutMix chat widget
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |