Saturday, December 3, 2011

Zikir untuk Dhia ,, ????? untuk Athirah

Assalamualaikum ..
shiken mou owatta yo .. !! so saya menghabiskan weekend yang sejok dan nyaman ni dengan meng'online' doplopatjam tanpa henti .. tambah2 bila internet di tanah jepun ni sungguh la laju tak hingat .
sebelum tu ,abis je last paper iaitu paper denki a.k.a electric so saya teros menapak ke library untuk meminjam buku latihan toiec memandangkan hari selasa ni ada exam toiec .. ( sila abaikan ayat saya tiba tiba jadi skema neh ) .. dan rutin saya setiap kali abes exam , saya akan pergi jalan2 kat bandar Kure cuci mata , window shopping and pergi baskin robbins kacau akak eskem wat kerja .. hihihi..

then, balik jek daripada jalan jalan buang masa tu , kena balik awal sebab skang kul 4.30 pon dah soro soro nak gelap dah .. bukan takut gelap okeh , saya kan anak gadis sunti ..ececeh .. tak baek kuar malam sorang2 .. balik je teros kemas bilik yang memang tunggang langgang sebab exam week .. dengan buku2 yang menggunung sampai tak nampak frame gambar umi ngan baba sebab terlindung ... dengan katil yang penuh dengan baju yang tak berlipat sampai saya kena tidur kat lantai .. ( err .. kantoi malas lipat baju ) .. naib baik la mesin basuh tu ada dryer skali , kalau tak mesti tak de baju nak pakai sebab tak de masa nak basuh .. saya memang macam macam ni kalau exam .. memang hidup tak terurus sebab study punya pasal .. thats why la saya tak leh kawen time blaja .. nanti suami saya ikot sama jadi tak terurus .. hahaha ..

berbalik kepada tajuk entry ..
tajuk tu saja nak gempak je .. tak de kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia .. sekarang ni kan tengah main kat tv cerita Tentang Dhia .. so saya dengan tak sengaja nya terfollow cerita ni ~~ (sebenarnya memang sengaja follow pon sebab ada nora danish )..

ni sinopsis yang saya copy daripada blog orang lain ..

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat diminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

........

bila tengok cerita ni , dengan saya2 skali ter'fall in love' dengan zikir .. dah la drive bmw kaler putih .. watak zikir ni Adi putra yang bawak ... pada awalnya , Zikir ni hanya Islam pada nama je , but then after dia kawan dengan Fendi yang meninggal dunia tu , dia teros jadi alim .. masa dia berkenan kat Dhia tu , dia suruh wife Fendi tu yang jadi orang tengah .. dia tunggu kat kereta je masa dorang gi jumpa Dhia yang tengah meniaga nasi lemak tepi jalan .. cara dia approached Dhia tu bagi saya sangat la gentlemen .. sebenarnya zikir ni dah berkenan kat Dhia masam kenduri tahlil arwah Fendi .. Dhia pass kan dulang makanan kat Zikir then masa tu la Zikir dah jatuh suka kat Dhia .. tiba2 rasa macam nak jugak berkenalan dengan bakal suami nanti macam tu jugak .. tapi saya tak jual nasi lemak tepi jalan ?? and kampung saya tak de kampung sangat macam kampung Dhia tu .. macam mana ni ?? huhuhu ..

mula mula fikir jugak boleh ke nora danish ni berlakon jadi budak kampung .. dia kan muka pan asia .. tapi okey la jugak .. lama2 tengok macam jadi la jugak kekampungan dia tu ..


saya rasa drama drama melayu sekarang semua nya best best .. so bolehla stesen2 tv kat malaysia kurangkan drama2 import .. ke memang dah kurang sekarang ? tak tahu sebab tengok online je ~~

No comments:

Post a Comment




ShoutMix chat widget
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |