Friday, October 28, 2011

Proud to be Woman !!

Assalamualaikum ...


disebabkan masa kecik dulu dulu ,, kawan sepermainan aku kebanyakan adalah lelaki ,, I always questioned myself ..

" kenapa la aku ni perempuan ?? "

masa tu ,, memang nak sangat jadi lelaki .. jadi lelaki senang ,, boleh panjat pokok tinggi tinggi ( aku dulu boleh je panjat tinggi tapi at the end akan kene marah dengan nenek ) ,, bukak baju masa main kalau panas ,, nak semayang tak payah nak pakai telekung ,, pergi sekolah tak payah pakai tudung  ,,nak berenang dalam sungai tak payah nak cover cover ... and macam macam lagi .. senang cakap ,, banyak benda yang aku nak buat masa kecik dulu terbatas sebab I am a girl ..

masa sekolah rendah dekat Melaka dulu ,, aku tak pakai tudung pergi sekolah ( normal la kan budak sekolah  rendah tak pakai tudung masa tu ) sampai la standard 4 .. disebabkan aku masa tu dilantik jadi ketua kelas ( penolong aku masa tu budak laki ,, cool tak aku dulu?? .. heheh ) ,, cikgu kelas suruh aku pakai tudung and stop pakai pinafore.. atas sebab aku kena jadi contoh untuk pelajar lain .. mula mula nak memberontak jugak tapi cikgu yang suruh kena la ikut .. pergi sekolah memang pakai , tapi bila sampai kelas je terus buka tudung letak dalam meja .. sampai la cikgu kelas ambik tudung aku buang dalam tong sampah !! lepas tu terus pakai tudung tak bukak bukak dah .. thanks cikgu Rosli sebab pernah buat macam tu kat saya dulu ..

bila semakin besar ,, makin mengenal dunia ,, aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang perempuan .. Alhamdulillah ..

Alhamdulillah juga kerana selepas itu aku membesar sebagai seorang perempuan yang memakai tudung .. walaupun tudung yang dipakai kadang kadang masih tidak sempurna .. tapi sekurang kurangnya ,, gambaran rambutku tidak jelas pada pandangan mata lelaki ..

dulu aku hanya menganggap tudung hanya digunakan untuk menutup rambut kalau keluar rumah .. lama kelamaan aku sedar .. tudung sebenarnya digunakan untuk menutup maruah seorang wanita .. kalau dulu .. aku sentiasa memuji artis artis wanita yang berpakai cantik tidak menutup aurat ,, model model majalah yang memakai tudung tapi baju yang dipakai masih tidak sempurna ,, tapi sekarang hati lebih memuji gaya berpakaian seorang wanita yang menutup auratnya dengan sempurna .. terdetik di hati untuk menjadi seperti itu ,, semoga Allah permudahkan jalan untuk aku ..



WANITA HIASAN DUNIA
disebabkan ia adalah hiasan ,, maka perlukan dijaga dengan sempurna agar sentiasa bernilai ..
Dan perkara yang paling membuatkan aku sedar betapa bertuahnya aku dilahirkan sebagai seorang perempuan ialah bila aku tahu Allah sangat memuliakan wanita ..

sangat mudah bagi seorang wanita untuk masuk ke dalam syurga ..

Rasulullah Sallallahu 'alaihiwasallam bersabda yang bermaksud : 


"Apabila seorang wanita solat 5 waktu, puasa 1 bulan (ramadhan) , 
menjaga kemaluannya (tidak berzina) , serta taat kepada suaminya, 
maka dikatakan kepadanya : Masuklah ke dalam syurga melalui pintu 
mana yang kamu suka!" (hadis riwayat Ahmad dan tabrani)






Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. 


proud to be woman ,, proud to be MUSLIM !!

No comments:

Post a Comment




ShoutMix chat widget
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |