Wednesday, December 25, 2013

review police story 2013

Assalamualaikum ..

25 disember 2013
maksudnya dah 3 hari saya di malaysia ^^

nasi kandar, kfc, pavlova, crepe, roti canai, redvelvet

rosak diet ! T_T

tau tak? sepatutnya saya dah di dalam kereta nak balik terengganu dah, tapi kat luar sekarang, penuh sanak sedara datang bertandang rumah cik. maka cik paksa abang dia a.k.a baba saya untuk balik esok. tak kisah pon sebenarnya. boleh pergi SBU ( sincerelybyushawls ) .

semalam dah pergi dah area calaqisha tu, tapi tak naik sebab ada masalah kereta. choii la kakak wa, orang suruh bawak kereta dia senang sikit, ni konfiden nak bawak kereta baba, tak pasal-pasal ada masalah. pastu gelebah dua dua dalam kereta sebab tak reti settle.

haha.

owh. hari tu pergi tgk special screening POLICE STORY 2013. dapat media pass. cerita start pukul 9 malam tapi kiteorang sampai mid valley pukul 9.30. terima kasih jammed !

masuk-masuk je blurr doplominit sebab tak paham jalan cerita. lama-lama baru paham .

cerita nya macam ni...
ada sorang penjahat ni nak balas dendam atas kematian adik dia. So, dia tangkap semua orang yang ada kaitan dengan kematian adik dia. pastu dorang yang kena tangkap ni dikumpulkan kat pub penjahat tu. jackie chan ni salah satu yang ada kaitan la. tapi sebenarnya dia salah paham sebab kenapa adik dia boleh mati. kira ada banyak flashback jugak la kat sini. and dalam cerita ni, jackie chan dah kira makin tua dah sebab anak dia dah besar. tapi, tua-tua dia pon still wow lagi lawan-lawan. seriusly, wowww !!

so... sesiapa yang minat jackie chan ni sila lah pergi tengok. tak rugi pon. saya bagi 4 bintang. 1 bintang hilang sebab masuk lewat. haha

dah nama special screening haruslah ada artis datang kan, tapi bukan artis yang ku cari..haha. saya cari blogger ! tapi tak jumpa pon, maybe dorang dalam bilik lain kot..

sepatutnya, cz12 should be last film jackie chan, tapi ntah kenapa dia terima lagi untuk belakon dalam cerita ni. maybe sebab dia yang bawak cerita police story yang dulu2 so better yang latest ni biarlah dia yang bawak jugak.

thumbs up for u uncle jackie !!

ni la pass dia. thanks along ^^ 
the ootd dari pagi sampai malam.


abc yang super feymes katanya. 

Monday, December 16, 2013

rompakan bank ?

Assalamualaikum ^^

tadi pergi bank tetiba teringat balik minggu lepas punya cerita. dah kenapa tiap-tiap minggu pergi bank ? haaa.. meh nak bagitau kenapa.

bank yang minggu lepas saya pergi tu, bank lain. bank tu bank yang ada kaitan dengan post office. di samping dia bank, dia juga adalah post office. mari bayangkan pos malaysia pon menyediakan khidmat bank.. haa.. betul la tu apa yang korang bayangkan. 


so, last week pergi sebab mahu keluarkan duit. dan duit yang nak dikeluarkan ni memerlukan ko pergi kat kaunter berurusan dengan akak tu. tak boleh pakai atm.

 owhh, btw, atm jepun korang boleh sumbat buku bank jugak tau ? ke dah tau ? malaysia memang macam ni dah ke ? lupa pulak sebab da lama tak pergi atm kat malaysia.. hee

dan bank kat jepun ni bukak sampai pukul 3. dok pahang betul aku kenapa nak tutup awal-awal. selalu je kena berlari-lari anak-tak berapa-nak-anak sangat untuk kejar tren pergi bandar kure. 


lepas da siap-siap keluarkan duit, kebetulan time tu memang lagi 5 minit gitu bank nak tutup. sebab tak berani nak pegang duit banyak macam tu, mahu la masukkan duit ni dalam akaun yang boleh keluarkan nanti pakai atm. gila kau nak pegang duit banyak-banyak. 

padahal bukan banyak mana pon. saja takut terguna tershopping terbeli terbelanja tanpa niat. haha.

masa da selesai masukkan duit kat mesin atm, and muka tengah serabut tension salahkan diri sendiri pehal pakai beg sandang hari ni, kan dah susah nak keluar masukkan beg dompet buku bank bagai, tetiba bunyi kecoh macam apa je. 

saya ingatkan, ye la waktu kerja da abiskan, kot la ada kawan dorang datang lepak gurau-gurau sembang kopi o . sebab perasan je ada abang 2 orang masuk bawak bag galas.

"weh, abes keja dah ! lepak jom !! cess la tak nak. meh la aku belanja. kedai pak mat sebelah surau tu je kot ! "

ingat kan gitu je.

pastu, nampak abang tu pegang pistol. acu-acu kat depan kaunter.

owh, abang tu gurau-gurau lawak bodoh kot dengan besprengg dia.

sebabnya bunyi macam orang menyembang. bukan gaduh. (padahal bahasa jepun x paham ) haha.

pastu lepas dah struggle simpan purse, buku bank bagai, terpandang la akak-akak , abang-abang, pakcik-pakcik yang duk belakang kaunter tu semua tangan belakang kepala muka serius.

OMG. Ya ALLAH.
what happen ?


penah rasa tak darah tak mengalir sesaat dua ?
especially kat area muka ?
tu la rasa time tu. terus jantung degup laju2. .why me ? why this day ? esok tak boleh ke ? 

pastu bila dah stabil, terus langkah laju-laju dengan harapan abang a.k.a perompaks tu tak nampak wa yang kecik tak berapa nak kecik lagi pendek ini melangkah keluar dari bilik atm tuh.

sesampai je kat luar, tengok ada pakcik pakai coat selamba duk berdiri macam tak benda berlaku pon kat dalam.

tali barut ke ?

pastu terpanndang board yang pakcik tu pegang.

latihan rompakan
....
....
....
ciskek !

dari bank tu sampai la ke tren station, jantung tak stabil-stabil lagi

jantung.. maafkan saya kerana bagi kejutan pada anda.


kure station

Sunday, December 15, 2013

fefeeling balik rumah hujung minggu

Assalamualaikum ^^

waah ! semalam post entry, hari ni pon post jugak ?! well, mari doakan agar kesemangatan ini berkekalan buat jangka masa yang lama.

lagi seminggu nak winter break ! yeahh !! dan dalam minggu ni which is dari isnin sampai la jumaat ni, akan bakal busy sebab banyak nak setel benda .

bayar duit university entrance
post borang n receipt bayar duit tadi tu kat university
post hadiah zira ( hahaha, lambat sikit post kira halal eh makcik ?)
kemas dapur sebab sensei suruh clear kan barang since ku kan pulang ke malaysia.
packing baju xnak pakai buat selama-lamanya buat balik malaysia. ( bagi kat bundle macam boleh dapat pulangan duit..haaha )

tu je kot.. insyaAllah.

tapi bukan pasal ni nak cerita.
cerita nya sebenarnya yang ni. tadi tengahari okasan (mak angkat saya kat sini) panggil suruh datang. dah namanya rezeki, haruslah tak ditolak. gila nak tolak !? okasan masak best tu..

ada tempura ( benda-benda yang celup tepung tu... ) ada kara age ( ayam goreng kepsi), okasan guna ayam halal hokayy. dun worry, im still ingat mana halal mana haram ^^ dan tadi sebab hari tu gigih tanya okasan macam mana nak buat miso sup. iaitu sejenis sup jepun yg super hebat sedap nye kalau hirup masa tengah panas berasap. tapi dah nama pon orang malaysia bertemu orang jepun, mampu faham separuh je bila okasan ajar. maybe okasan perasan muka ku yang blurr time dia cakap tu, maka dia ajarla buat. senang je kot, lagi senang dari nak bukak kulit kuaci. haha.. hiperbola.

lepas makan, solat kejap, pastu sambung makan lagi. haha. duduk seminggu dengan okasan mahu naik berkilo-kilo nih.
lepas makan duduk tengok tv, makan limau, kaki bawah kotatsu ( meja yang ada selimut dan dalam tu ada heater )... fuhhh ! seriyes fefeeling macam kat rumah sendiri. ada mak masak kat dapur. setiap sepuluh minit sekali ada je makanan hidang depan kau.

lepas tu, belajar buat muffin. mula tengok macam susah je. padahal baking membaking ni alergik sikit. dulu penah buat kek, bantat weyh ! tak nak naik kek tu. sumpah fobia T_T . tapi bila okasan cakap cucu dia yang umur 5tahun tu selalu buat, terus rasa tercabar . haha ! anak melayu kan pantang dicabar~~

lama la jugak kat rumah okasan sampai sempat habis satu drama tv, satu banggumi ( reality show? ), masak 2 resepi.l, main piona jap even dok gheti. haha..lama kan ?

nak balik tu, okasan bekalkan lagi makanan. hee.. Alhamdulillah rezeki. dah tak payah masak dah untuk esok.

seriusly, im gonna miss her.
her cooking..
and ofcourse her kindness :')

may Allah guide u oneday okasan .

bismillah.
ni la resepi muffin-budak-5-tahun-pon-boleh-buat tu

Saturday, December 14, 2013

hai blog !

Assalamulaikum..

nak bukak blog sendiri pon segan... lama sangat tinggal.. sebenarnya dah lupa yang diri sendiri ada blog..haahaa.. dok bizi scroll twitter, stegram, fesbuk.. teros tinggal tanpa belas kasihan dah kat belog ni ..
forgive me k

saya sekarang tengah berada di tahun akhir kolej.. sem akhir la senang nak cakap.. dan lagi beberapa hari nak balik Malaysia hoi... uuyeah ! tak sabar~ dalam ke'excited'an nak balik malaya tu, still jugak rasa rugiiiinya tak dapat join JUMS or jalinan ukhuwwah musim sejuk.. kat Jepun ni, I bet mana-mana negara pon.. persatuan-persatuan pelajar obersi memang paling semangat untuk buat program bila winter break. video-video teaser memang semua gempak habis tahap kau-kalau-tak-join-memang-kau-tergolong-diantara-orang2-yang-rugi. haishhh.. saya la tu~~ mari salahkan ke'homesick'an diri sendiri.. 


bercakap pasal winter break... selalunya time ni la klau nak snowboard sampai sakit-sakit badan pon.. owh.. fes time wa snobod dulu tangan terseliuh wohh.. tak menahan nya.. sambung main pulak tu even tangan ko berbalut gaya kena simen.. lepas tu, malamnya~~ the rest was history T_T

Kalau tahun-tahun sebelum ni, rasa stress bila tengok gambar kawan-kawan dengan snow. Tempat saya ni, snow nye kurang.. turun gaya malu-malu kucing gitu.. pagi ada tengahari hilang.. nak buat snowman pon rasa serba salah.. nanti snowman tu jadi snow-sandman.. hahah..

tapi kini tidak lagi...tak jeles dah.. sebab nanti insyaAllah next year akan pindah duduk tempat yang banyakkkk snow turun..  uyeahh ! hari-hari wa post gambar wa dengan snow nanti.. hahak
tada.. i will be here next year ! 

and here too... !

tak sabar dan tak sabar 
tapi sayang nak tinggal hiroshima
tempat banyak ajar saya berdikari macam wonder woman.. tetiba.. haha


insyaAllah akan grad bulan 3 next year dan sambung belajar lagi 2 tahun kat University of Toyama.. lepas tu balik Malaysia goyang kaki makan mangga cicah kicap depan tv tunggu orang datang minang.. haha.. k, main-main je.. ye JPA.. saya akan balik berkhidmat untuk bangsa dan negara !

doakan saya ^^ 







Wednesday, October 31, 2012

Versus

Assalamualaikum...

Versus by hlovate..
This is not the first time i read this novel..countless-banyak kali dah khatam baca..tak pernah2 rasa bosan pon..sebab, this novel is different from any other novels..ada banyak isi yang boleh kait dengan diri sendiri..

Perjalanan mencari kebenaran..
Perang lawan dengan diri sendiri..susah nak buat..susah nak tinggal..sebab kita kenal siapa kita and that's it..benda tu yang buat kita susah sebenanya..

I do wear tudung..labuh tutup dada..pkai long sleeve shirts..pakai baju labuh sebab nak cover paha..stokin..dah cukup baek dah rasa bila pakai macam ni....but then~~it's not enough yet..


Masih tak baek sebab tak jaga ikhtilat betul2..
Masih tak baek sebab still layan benda2 lagha kat internet..thats means tak menjaga pandangan jugak..
Masih tak jadikan benda2 sunat amalan harian..

Kalau dalam novel ni..saya letak diri sendiri same kedudukan dengan Minn Edina masa sebelum AO bawak dia pergi cerakah..

She jaga her aurat..jaga solat..but only with the basic things..
Kiranya masih tak masok secara menyeluruh dalam cara hidup islam yang sebenarnya..

Same here....


Even sababat2 nabi yang memang dijanjikan syurga still struggle nak kejar pahala..how bout me?? Ya Allah..

And lately..tetiba rasa if Allah nak singkatkan masa hidup saya kat dunia ni..sungguh saya tak sedia lagi..and im always bandingkan diri sendiri dengan sahabat2 nabi..jauhnye tetinggal..mana la letaknya nasib saya kat sana nanti..

Even tahu tu..then i still buat lagi benda2 yang lagha tu..

Iman turun naek..but still it's up to me..how to control..to top it up back..
Ye..semua atas saya..

Semoga Allah tak merajuk nak ketuk pintu hati saya lagi..
HE made it once dulu..Alhamdulillah..
Im here..being like this because of that time..

Semoga dipermudahkan my journey to find true ADDIN :)

Saturday, October 20, 2012

People Change #Random

Assalamualaikum..
well..dunia ku di hujung jari sekarang..im writing this entry in the train ondaway back to my hostel after a very happy weekend spent at saijo ( my hometown here ).. I do have kampung here..sebab all the rakyat malaysia ada di sana and me keseorang tersesat di kure..
Thats not the point for entry today..
Im going to share about how people change when he/she get older and older..

For me..tadi masa menggodek2 note yg tinggal rumah kak wawa..secara tak sengaja terjumpa kad birthday yang kawan bagi dulu..bila baca balik rasa macam ' waah..so sweet kami dulu' lepas tu sengih sorang2..but even it's sweet, sekarang baru tahu benda tu tak boleh sebenarnye, and i started to think " ntah pape nye aku dulu" .. See?? How my brain change my ability of thinking.. And lepas tu teringat balik semua benda yang pernah buat dulu yang mana time tu tak pernah heran batas pergaulan lelaki dan perempuan macam mana..and come again " ntah papenye la dulu ! " .. Sampai tahap pernah je rasa nak hantuk kepala kat dinding..well..time tu i tak kenal lagi usrah..tak tahu lagi kawan laki perempuan boleh asal u tak pegang tangan masing2 je..


People need to change..memang dah lumrah kan..takkan umur 20 nak fikir macam budak tadika lagi..

Tapi the way u decide benda baik dan buruk tu yang akan bezakan u akan berubah jadi apa nanti..

Till here..nak sampai sudah
Salam :)

Thursday, August 30, 2012

Hello Kuantan

Assalamualaikum..

A week after raya..we all.a full house went to a vacation to Kuantan..why kuantan? Not perlis ke kedah ke perak or even johor?.. Well..suka hati kiteorang la nak pergi melancong mana pon..haha


Sebenanya..nak pergi raya rumah sedara plus nak tengok rumah kami kat indera mahkota nuh..dah alang2 tu marilah kita cuti2 malaysia sekali...


Kalau nak diikutkan..sepatutnya..we all pergi langkawi..siap dah tempah hotel bagai dah..tapi kalau nak ke langkawi, nak kena pergi time raya ke3 tu..then ada budak sorang tu dengan konfiden nye suruh cancel..well..that's me..ahah..sebab--- raya ketiga kot ! Duit raya tak abes kutip lagi time tuh..dah la it might be my last raya here sebab next year nye summer holiday tak sempat dengan raya :( hokei..mari bersedih bersama2..


2 hari 1 malam..okey la tu kan..tak lama tak sekejap.. Bukan first time jejak kuantan pon sampai nak dok lama2..lagipon kami penah jadi warga kuantan dulu..penah lepak makan aiskrim kat kuantan parade..jalan2 tgk sunset kat telok cempedak..sampai baba beli rumah sebijik kat kuantan tu..nak cakap lamanye kami bermaustautin di sana..


Trip kami kali lebih kepada jalan2 cari makan sebenarnya..jalan sikit makan..asal jumpe kedai best macam kak yah ikan bakar..dolah keropok lekor..senah jagung bakar..roti paung panas sahak ke..mesti nak singgah..sampaikan malam nak dinner tu aku sakit perot( bukan sakit perot nak membuang ke hape k) Pastu sesuka hati je desak orang suruh balik cepat sebab tak tahan sakit..baiknya perangai aku time tu..

Masa pusing2 bandar kuantan cari farmasi nak beli ubat ( deyy~~mana ada kedai jual ubat bukak tengah2 malam camtu ) , kami terlalu dataran apa ntah lupa dah nama dia..yang depan masjid yang cantik tak hingat tu..kakak aku yang gila bergambar suruh behenti sebab nak amik gambar tengah2 padang yang macam cun je kalau nak amik gambar buat profile pic..haha..adoo jew ngko~~


Aku time tu bajet tak nak turun sebab sakit perot..tambah2 lagi malas nak melangkah keluar bersusah payah since aku duduk seat belakang sekali..ye kawan2..ni la aku paling malas kalau naik mpv and duduk belakang sekali..susah kot nak keluar..dah la aircond pon macam nak tak nak je ke belakang..demm !
Nak dijadikan cerita..tengok akak aku posing sakan dengan abang aku jadi photograper beliau macam menarik je~~ohh.sakit perot time tu pon dah beransur hilang...maka~~





Till here !
Salam :)

blog ku berhabuk


assalamualaikum...
selamat hari raya ?? ( still boleh lagi kan nak wish ) err..raya kan sebulan..hee..well..holla !! lama gila x meghupdate blog..seriusly..gen2 malas dah merebak seluruh badan..sampai tahap nak bukak blog baca orang lain punya update pon jadi segan sebab lama tak update entry baru..

memandangkan cuti lama lagi maka eloklah kembali berbelog ye dakk ?? daripada buang masa tido makan , tweet, instaging , bagi kucing makan, layan drama korea.. baik la update blog..hee..(adik adik yang nak periksa sila jangan amalkan macam ni ye)..ohh..you know what? cuti tak sampai sebulan lagi tapi rasa macam jisim badan dah meningkat !! ohh no ! tidakk..dah la balik ni nanti musim sejuk..memang tak la berat nak turun balik kan..yabaii~~


actually..jauh di sudut hati ni..laju je idea nak update entry..tapi..macam yang dikatakan tadi..gen2 malas yang saya warisi daripada sapentah sangat la kuat sampai niat suci murni nak menulis entry baru tadi tertolak tepi..baik aku tidur..or lepak tengok running man la .. haaha..


tambah2 bila balik malaysia ni..rasa macam banyak la plak channel baru kat astro..yang paling best plus wajib bukak first kalau on tv .. One HD .. korea nye channel.. banyak drama2 korea..ada running man, strong heart, star king..dah gaya macam duduk korea dah layan channel ni..

till here ..
nanti akan update lagi entry baru..
salam :)

Monday, March 26, 2012

love Terengganu



this is why I love terengganu so muchh  ...

see the blue laut ?? cantik kan .. even kelantan kampungku pon pantai dy tak sebiru pantai terengganu ..



I still have 2 or 3 years more to enjoy this osem pantai  sebab my dad maybe kena tukar ke ibu pejabat kat Putrajaya .. or balik negeri asal which is kelantan  if he wants to retired early ..

Thursday, March 22, 2012

fesyen tudung sekarang like wowww!!

that day masa tengah tunggu baba datang amik kat stesen bus KT .. saya baru balik daripada kampung.. seyes haus gile kot.. masa nak naik bus lupa nak beli air .. bukan lupa ekceli, pakcik driver bus tu yang suka suka hati nak sentap padahal orang da datang 10 minit awal daripada masa bus tu gerak .. dia yang sampai awal sapa suruh !! bab2 sistem pengangkutan ni memang saya tak bekompromi .. naseb baek la bukan bapak saya punya bus .. hisshhh

okayyy2 .. kembali kepada topik pebincangan kita ..

dah elok2 nak bayar tuwister oren yang harga dia ala2 cekik darah tu mata ni mengada2 nak tepandang majalah2 yang elok tersusun kat rak kedai tu ..owhh , that majalah dah keluar isu baru and agak tebal daripada biasa ..
memandang ketebalan pon ala ala double cheese burger ,, so memang harga nye pon lebih mahal daripada biasa la kan ..



patotla tebal ... ada xtra pasal tutorial tudung rupanya ..
hmmm ... sebagai pemakai tudung bawal sejati dan yang sewaktu dengan nya ..saya tak de la eksaited semacam dengan tutorial2 tu .. cuma .... macam " woww !!"kagum  dengan cara orang zaman sekarang pakai tudung ...

well .. mungkin benda2 gytu boleh nak menarik minat siapa2 yang freehair tu supaya dorang pakai tudung .. sebab atleast tak de la dorang akan cakap bila dah pakai tudung ,, no more fashion dahh ..

tapi ada certain2 fesyen tu just dibuat untuk tutup rambut je .. yang lain2 ?? hmm ..
aurat tu bukan rambut je kan ?? it's more than that kalau betul2 memahami maksud memakai hijab tu ..



as long as we put Islam before fashion ,, go on je la macam mana pon kita nak pakai..

siapa tak nak jadi cantik kan ? tapi cantik dimata Allah lagi baik ..


till here ;)

Wednesday, March 21, 2012

my mind keep singing this song

percaya tak lagu boleh mengingatkan kita tentang sesuatu ??

lagu season in the son by westlife ingat kan saya masa buat persembahan untuk ketua menteri melaka dulu masa darjah 4

lagu incomplete by backstreet boys ingatkan saya pasal kawan saya sebab dia suka lagu ni dulu..

banyak lagi lagu yang automatik kalau denga mesti teringat balik kisah dulu2 ..

nostalgik kan??
haha



but this lagu ...
it's complicated nak huraikan...

ragam bila full house


assalamualaikum !!!

lagi nak dekat seminggu balik baru sibok nak post entry ni .. haha ..

that day balik skali ngan radzi . one of my kawan yang same date balik sama . kalau tak sorang2 la saya balik . dah la awal2 lagi dah sesat lam stesen keretapi osaka tu . nasib baek diri ini tak segan silu bertanya orang sekeliling .

nak dijadikan cerita . sume orang dok pikir me and radzi adalah newlyweds sebab kiteorang look young ( well opkos la kan ) , and jalan pulak bedua bawak luggage besar kat airport tu . first , abang polis tu yang sibuk dok tanya macam2 kat kami. then akak FA yang duk hantar makanan lam flight .. " datang bercuti ke dik ?? " .. maybe sebab seat yang patotnye duduk 3 orang tapi kami 2 orang je yang conquer .. tapikan kak and abang polis ,, tak kan datang bercuti pon sampai kiteorang pandai cakap jepon ??  hmmm ..kesudahannya .. gelak je la yang mampu kami buat .. hahaha



first time hari tu balik along tunggu kat KLIA and the rest umi baba kakak and adik tunggu kat airport KT,, but this time semua ada tunggu kat LCCT ..


full house








view from our bilik hotel




same dress with kakak





having fun with adik beradik






this is kami bila bejumpa ..
gila gila .. sharing all the things takde rahsia rahsia ..

love them will all my heart .. 

salam ...
     


Saturday, February 18, 2012

tudung & selendang .... which one suit me well ??

Assalamualaikum ..

Alhamdulillah final exam pon dah habis .. result pon dah dapat.. setakat yang dapat alhamdulillah la semuanya ok..sekarang just tunggu date nak balik malaysia je .. lagi dua minggu !! wait ya orang orang malaysia .. i'm coming home, i'm coming home, tell the world i'm coming home ~~ lalala ..

pejam celik pejam celik dah nak habis setahun dah study kat sini .. lagi 4 tahun je lagi tinggal .. semoga dipermudahkan urusanku disini even duk sorang2 je.. sobs sobs~~



between selendang & tudung bawal, mana satu yang lebih sesuai saya pakai ?? hmm ..

jom buat comparison ..








gambar tak berapa nak elok since I just using my aipon camera je~~ tak de dslr nak snap.. huhu


so ?? ekceli before ni pakai tudung bawal sebab rasa muka bolat kalau pakai selendang .. haha .. tapi ramai je cakap ok je pakai selendang ..

sekarang ni pakai selendang pon sebab winter .. tak sejok sikit sebab tebal plus boleh lilit banyak2 kat tengkuk tu .. so kurang la sikit sejok ..


sebenarnya .
whatever jenis tudung pon yang kita pakai .. biarlah yang proper .. yang menutup apa yang perlu ditutup tu ..


PUT ISLAM BEFORE FASHION  ...
atau kalau nak senang .. pakai something yang boleh buat kita confident nak solat even tak pakai telekung semayang ..




haha .. gambar tak de kaitan pon ngan topik .. ooowhh .. ada sikit ..
ni la muka2 kanak2 riang yang baru nak dekat sebulan lebih sampai jepun gy besuka ria kat universal studio osaka ..

Saturday, January 21, 2012

in love with Simple Plan again !!

Assalamualaikum ...

sape tak kenal simple plan ?? meh sini nak hentak dengan  pensel case ..
memang kejam la bagi sape sape yang tak kenal dorang ni ..


dorang baru keluar dengan album baru ..wait ! album baru ke ?? ( lama dah tak follow dorang ) tapi yang pasti lagu2 baru yang sume best .. well .. dorang memang tak penah buat lagu tak best kan ??




and that day ,, dorang datang malaysia ! malaysia kot.. negaraku yang techinta !
sampai hati dorang datang wat konsert tyme I tak de kat malaysia T_T

( eleh thirah ,, gaya cam baba umi bagi je ko nak melompat tegedik gedik gy konsert cenggitu )

well well ,, atleast rasa la dekat dengan dorang sikit even tak pegy konsert dorang .. berada di dalam wilayah negara yang sama~~







ingat lagi tyme lower form ,, tyme zaman zaman ber'disc man' lagi .. bape kali pusing pasang album dorang sampai becalar calar cd tu .. hahaha ..



      cover album untuk " still not getting any " yang dolu dolu punya






tengok video atas ni pon dah buat diri sendiri excited tahap ^%#%^%^ .!!  okeh thirah .. control jiwa ~~~












and now im in love with dis song.. catchy sangat lagu ni  ( betul ke spelling tu ? ) .. seyes best lagu ni .. nak nyanyi tyme balik malaysia nanti la .. mesti "jet lag" kan ??



overall .. u so hot la pierre ! korang yang laen pon !!
in love in love ~~~


sorry.. ter" excited" lebih :p

Thursday, January 19, 2012

debaran menunggu result monkasho

assalamualaikum ..

setahun yang lalu ...
malam ni merupakan malam yang sangat2 mendebarkan bagi saya .. bagi kawan2 ktj saya jugak ..
nak mandi pon rasa macam tak larat , apatah lagi nak melepak jalan2 kat Ole Ole then singgah minum teh ais kat bistro even monkasho dah abes ....


monkasho tu kalau nak tahu adalah exam yang menentu kan whether kami layak ke tak nak belajar kat jepun .. dan yang lagi best ,, abes je exam hari ni , esoknya terus kluar result .. sape tak cuak ?? tak de nye 3 bulan cuti macam budak2 SPM ..



saya still ingat lagi , paper final which is kimia paling susah .. chopp ! bukan susah ,, tapi soklan dy pelik ,, masa buat latih tubi bertubi tubi ngan sensei tak de la plak kuar soklan macam tu .. luckily semua objektif .. so boleh nak jawap semua even tak konfiden ... but then ,, keluar je daripada dewan exam , tengok kawan saya ada yang menangis .. so maknanya bukan saya sorang je la yang rasa tak konfiden ngan paper tu .. T_T .. makin betambah tambah la kecuakkan saya dengan result esok ..


teros hari tu langsung tak selera makan ...





bila saya kol baba ( sory baba ,, ganggu ur meeting ) ,, nangis2 cerita pasal paper kimia yang super susah tu ,, teros saya rasa tenang ..

lebih kurang macam ni la perbualan kami that day ..


saya : Ba , athi mintak maaf kalau athi tok leh blaja kat jepun nati ..

baba : bakpo nok mintak maaf pulok .. Ba tahu athi buat hok molek doh ..

saya : tapi paper kimia tadi seyes susoh ( T_T )

baba : athi nok tahu dop , kalau athi tok leh blaja kat jepun , Ba lagi suko ..

saya : ... T_T

the rest is history ...




same with my umi .. umi pon kalau boleh tak nak saya belajar kat sini .. ye la .. mana ada ibu bapak yang nak lepas anak dorang blaja2 jaoh2 kan ..

tapi after that long pebualan ngan baba,, saya tahu ,, tak kira apa pon result yang keluar esok ,, itu lah yang terbaik untuk saya .. Allah Maha Mengetahui kan ??




malam tu pulak .. kakak kami yang blaja kat aussie datang kongsi debaran result esok dengan kami ..
sama2 nangis ... sama2 cuak .. thanks Kak Mira for the support .. this adek is really miss you T_T ..





esoknya ..
kami tahu result masa tengah tunggu bus rapid nak gy Intec..
ntah sapa yang dah pergi Intec dulu call one of kawan kami yang memang tengah menunggu bus rapid sama2 said semua lulus .. LULUS !!!
means .... yeah !! kami berjaya jejak kaki kat bumi sakura !!!
Alhamdulillah ...

saya tyme tu tengah tahan nak muntah sebab tak makan ikut tyme semalam tros sihat walafiat ..




so .. saya faham perasaan kohai tachi sekarang yang sedang menunggu result esok macam mana ..

yang penting ,, tawakkal ..
apa apa pon yang berlaku esok ,, itu adalah yang terbaik untuk kita ..

right after result tu ...
semua dok pakat post kat fb " Im flying without wings " ...



semua muka ceria je after result tu ...
padahal kalau zoom dekat2 mesti nampak mata sorang2 sembab sebab nangis ..


P/S .. miss korang semua ..

thank you sensei for all the effort sampai kami ada di sini ..

Monday, January 16, 2012

fasa baru kehidupan

Assalamualaikum ...




walaupun rasa makin hari makin busy .. busy dengan final exam yg akan menjelang tiba lagi beberapa minggu lagi ... terasa nak berkongsi perasaan dengan inche blog ni & dengan readers yang sudi singgah baca luahan hati ntahpape saya ni .. ( ayat nak sedapkan hati sendiri )





bila umur dah menjengah 20 tahun ni ,, nak cakap pasal kahwin pon dah kira agak boleh la kan ??
sebab ada je kawan2 yang sama umur dengan saya yang dah kahwin .. baru betunang lagi la banyak .. well , im not saying yang im want to get married soon .. sebab saya tahu kemampuan saya macam mana .. nak uruskan diri sendiri pon tak lepas lagi .. how come nak jadi isteri orang plak kan?? lain la kalau jodoh saya dengan anak raja ke , anak tan sri ke ,, ada la jugak maid nak tolong uruskan rumah tangga saya nanti ..





but , I respect dengan sapa2 yang dah kahwin time blaja ni .. mesti dorang dah besedia mental dan fizikal dorang .. bahagi masa dengan belajar lagi , nak urus keperluan masing2 .. susahkan ??

kalau saya .... hmm .. rasanya tak boleh lagi kot .. walaupun sekarang , dah boleh sikit2 nak masak , nak kemas rumah , tu sume kira pass .. err .. kalau time exam rasa2nya , fail kot .. bila musim exam je , bilik saya jadi tunggang langgang ,, makan pon ikot tyme lapar je ..







yang penting sekali ,, rasanya ilmu agama saya masih tak melayakkan saya untuk kahwin lagi .. saya tahu setakat mana kemampuan saya , walaupun dari segi bepakaian dah berubah sikit2 , dalaman masih banyak yang perlu saya tambah.. saya tak nak nanti ,, saya akan jadi penyumbang utama dosa suami saya .. dan sekarang , im trying untuk kurangkan menyumbang dosa kepada ayah saya ..








tapi mana tahu ,, one day ,, saya kahwin jugak time belajar ?? kalau dah sampai jodoh kan ...

:)

Sunday, January 15, 2012

kejakunan dengan salji

assalamualaikum .... berabuk dah blog ni sbb dah lama tak update .. banyak je benda yang nak diupdate tapi disebabkan kemalasan yang bemaharaja lela segala-galanya tak ter update ..

sekarang ni masih musim sejuk .. bila cakap pasal musim sejuk ,, mesti la ada kaitan ngan salji .. yedakk ??

memandangkan saya ni adalah anak malaysia iaitu sebuah negara yang hanya ada 2 musim iaitu hujan dan panas sepanjang tahun ,, salji adalah satu benda yang sangat2 rare bagi saya sampai boleh membuatkan saya melompat2 kegembiraan tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling bila turun nya salji di Kure , iaitu tempat tinggal saya sekarang ..

Subhanallah !
rasa nak menangis bila dapat melihat dengan mata sendiri macam mana turunnya salji .. rasa macam tak percaya bila impian masa kecik2 dulu jadi kenyataan .. T_T



cantik kan ?? putih bersih je ..




ni semua gambar masa winter break hari tu ... see ?? betapa gumbira nya muka sorang2~~


and for the first tyme .. saya main snowboard !!

tapi tak sampai sejam maen , dah injured T_T .. tangan teseliuh .. seyes sakit ,, sebab kalau tak sakit memang tak kan tumpah nye air mata ...


siap bebalut lagi .. luckily tangan kiri yang kene .. kalau tangan kanan ??

even dah injured ,, still degil nak maen lagi ..






disamping bercuti maen salji riang ria kanak kanak ribena ,, ekceli nya kami ada program jalinan ukhuwah musim sejuk .. siapa kata bila dah masuk usrah tu kene tinggalkan segala keriangan .. meh sini nak baling ngan snow ..

boleh je nak begembira ,, tapi jangan sampai jadi lagho ... tu dia ,, dah keluar loghat kedah dah .. effect najwa la ni ...





overall ..
winter break kali ni memang saiko la !!
next will update pasal having fun di tokyo pulak .. kalau rajin la .. hiii




tibe2 tepikir,,
kalau kat malaysia turun salji ,, agak2 kat mana jadi tempat yang paling sejuk ala2 hokkaido ??
hmm ,, kalau ikutkan pengetahuan A1 geografi saya ( belagak sekejap ;p ) , maybe bukit larut sebab situ kawasan taburan hujan paling tinggi di malaysia ,, then kalau yang macam ala2 okinawa pulak ,, jelebu ,N9 sebab situ kawasan taburan hujan paling rendah ...

ok .. tak de kaitan pon ,, malaysia takkan turun salji ...




Saturday, December 10, 2011

banyak rupanya makanan best2 kat Malaysia

Assalamualaikum ..

tajuk entry tu macam gaya ayat penuh kesedaran kan ??

memang baru tersedar yang kat Malaysia banyak rupanya makanan2 yang best bila dah duk jauh ni ... setiap negeri mesti ada je makanan yang dorang famous .. macam kat Hiroshima ,, sini femes dengan okonomiyaki .. tapi pegi ceruk mana2 kat jepon ni ada je kedai yang jual benda ni .. lebih kurang kat Malaysia la .. gi tangkak pon ada je makcik yang jual laksa penang ..







nasi lemak ... lagi best kalau ada ayam goreng berempah .. kalau makan ni mak mentua lalu pon tak perasan nye la ..





tengok kaler pon dah terliur kan ?? kalau umi buat lauk ni memang sampai licin la periuk tak tinggal pape pon ..





tu dia !! tak de siapa pon yang boleh mempertikaikan kesedapan makanan ni .. ni kalau makan kalau tak sampai lapanblas mangkuk memang tak sah ..




saya tak makan ikan ni mula mula sebab kepala dia agak tak berapa menarik di hati .. ok .. abaikan statement tu .. bila dah masuk INTEC, terikut ikut dengan kawan kawan .. so jadilah one of my feveret lauk .. tapi mana nak cari spesies ikan ni kat sini ??




ni lagi satu ,, bestnya !! tambah tambah yang mak sedara saya buat time raya .. ok . fullstop .. ( air liur dah meleleh leleh )



saya orang pantai timur so saya amatla sangat terlalu suka makan benda ni .. tapi malas nak goreng !






saya orang Kelantan sejati so saya kena suka makan benda ni .. hampir hampir je sebotol budu nak ikot saya terbang datang sini .. tapi tak berani ambik risiko takut pecah dalam luggage .. mungkin boleh usahakan balut tebal tebal after ni ..


kena berhenti tulis sekarang sebab takut badan dehydrated sebab air liur menitis macam air paip ..

p/s >> I miss Malaysia ..

Sunday, December 4, 2011

ada apa dengan wedding dress Bella Swan ??

minggu lepas bila bukak je facebook or twitter ,, semua nya dok cakap pasal breaking dawn .. dah la tengah berjuang dengan mid term .. sungguh mencabar naluri .. honestly I do follow twilight .. tapi tak sehebat ke'addicted'an saya dengan Harry potter .. you name it part mana dalam cerita Harry potter tu ,, semua saya boleh describe macam baca doa makan ... hahaha .. agak hiperbola kat situ ...

salah satu yang paling banyak orang dok post last week ialah pasal wedding dress Bella Swan .. cantik sangat ke wedding dress dia sampai orang dok admire sebegitu rupa .. so saya dengan penuh perasaan ingin tahu terus la menggoogle .. padahal laptop duk dalam drawer sebab kena kuarantin dengan study week .. sanggup buat keluar pastu pasang .. gaya macam kena pasang desktop je.. hihihi




first impression bila tengok wedding dress ni " ehh ,, sopan nya " ..
even belakang terbuka sikit .. tapi agak sopan la bila dibandingkan dengan wedding dress orang barat ni kan .. not bad .. cantik la jugak .. tetiba terbayang diri sendiri pakai dress ni .. opkos la dengan tudung dan dalam tu pakai la inner memandangkan belakang tu terbukak .. inner tu kita pakai kaler grey .. wahh .. terlebih dah ni ..

p/s .. can I be Athirah Lautner ?? ok .. main main je ~~

Saturday, December 3, 2011

Zikir untuk Dhia ,, ????? untuk Athirah

Assalamualaikum ..
shiken mou owatta yo .. !! so saya menghabiskan weekend yang sejok dan nyaman ni dengan meng'online' doplopatjam tanpa henti .. tambah2 bila internet di tanah jepun ni sungguh la laju tak hingat .
sebelum tu ,abis je last paper iaitu paper denki a.k.a electric so saya teros menapak ke library untuk meminjam buku latihan toiec memandangkan hari selasa ni ada exam toiec .. ( sila abaikan ayat saya tiba tiba jadi skema neh ) .. dan rutin saya setiap kali abes exam , saya akan pergi jalan2 kat bandar Kure cuci mata , window shopping and pergi baskin robbins kacau akak eskem wat kerja .. hihihi..

then, balik jek daripada jalan jalan buang masa tu , kena balik awal sebab skang kul 4.30 pon dah soro soro nak gelap dah .. bukan takut gelap okeh , saya kan anak gadis sunti ..ececeh .. tak baek kuar malam sorang2 .. balik je teros kemas bilik yang memang tunggang langgang sebab exam week .. dengan buku2 yang menggunung sampai tak nampak frame gambar umi ngan baba sebab terlindung ... dengan katil yang penuh dengan baju yang tak berlipat sampai saya kena tidur kat lantai .. ( err .. kantoi malas lipat baju ) .. naib baik la mesin basuh tu ada dryer skali , kalau tak mesti tak de baju nak pakai sebab tak de masa nak basuh .. saya memang macam macam ni kalau exam .. memang hidup tak terurus sebab study punya pasal .. thats why la saya tak leh kawen time blaja .. nanti suami saya ikot sama jadi tak terurus .. hahaha ..

berbalik kepada tajuk entry ..
tajuk tu saja nak gempak je .. tak de kaitan dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia .. sekarang ni kan tengah main kat tv cerita Tentang Dhia .. so saya dengan tak sengaja nya terfollow cerita ni ~~ (sebenarnya memang sengaja follow pon sebab ada nora danish )..

ni sinopsis yang saya copy daripada blog orang lain ..

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihinya. Raffi dan Azmi dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila ia dicemburui Melly yang berasakan dirinya lebih sesuai.

Azmi sebagai kerani biasa adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada Azmi, walaupun Raffi jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari Universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Dhia memilih Azmi sebagai tunangannya, manakala Raffi yang ikhlas menyintai Dhia reda dengan keputusan tersebut. Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dengan memerangkapnya ketika sedang mabuk.Akhirnya Melly mendapati dirinya mengandung, tetapi Raffi tidak mengendahkannya. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi pula.

Azmi dan Melly ditangkap basah penduduk kampung. Namun Dhia memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Ketika majlis berlangsung keluarga Melly meminta Azmi bertanggungjawab sehingga Melly mengandung. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia.

Hidup Dhia didatangi Zikir seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir sangat diminati Rose pekerja di firma tersebut. Zikir dan kawan baiknya Fendi mengalami kemalangan jalanraya yang mengakibatkan Fendi meninggal dunia. Ketika majllis pengebumian Fendi, Zikir terlihat Dhia dan terpesona dengan keayuan Dhia.

........

bila tengok cerita ni , dengan saya2 skali ter'fall in love' dengan zikir .. dah la drive bmw kaler putih .. watak zikir ni Adi putra yang bawak ... pada awalnya , Zikir ni hanya Islam pada nama je , but then after dia kawan dengan Fendi yang meninggal dunia tu , dia teros jadi alim .. masa dia berkenan kat Dhia tu , dia suruh wife Fendi tu yang jadi orang tengah .. dia tunggu kat kereta je masa dorang gi jumpa Dhia yang tengah meniaga nasi lemak tepi jalan .. cara dia approached Dhia tu bagi saya sangat la gentlemen .. sebenarnya zikir ni dah berkenan kat Dhia masam kenduri tahlil arwah Fendi .. Dhia pass kan dulang makanan kat Zikir then masa tu la Zikir dah jatuh suka kat Dhia .. tiba2 rasa macam nak jugak berkenalan dengan bakal suami nanti macam tu jugak .. tapi saya tak jual nasi lemak tepi jalan ?? and kampung saya tak de kampung sangat macam kampung Dhia tu .. macam mana ni ?? huhuhu ..

mula mula fikir jugak boleh ke nora danish ni berlakon jadi budak kampung .. dia kan muka pan asia .. tapi okey la jugak .. lama2 tengok macam jadi la jugak kekampungan dia tu ..


saya rasa drama drama melayu sekarang semua nya best best .. so bolehla stesen2 tv kat malaysia kurangkan drama2 import .. ke memang dah kurang sekarang ? tak tahu sebab tengok online je ~~



ShoutMix chat widget
 
Template Edited by Miss Pelangy| All Rights Reserved And Protected |